Nama keju dipinjam daripada bahasa Portugis adalah makanan padat yg diberbuat lebih daripada 3000 jenis keju di seluruh dunia yg berasal dari Perancis, Jerman, Belanda, Denmark, Itali, Amerika Syarikat, Eropah dan sebagainya
KEJU ADA BEZA KE?
Tentu sekali....Sedap memang sedap tetapi sebelum menikmatinya, baik anda teliti beberapa faktor yg membezakan keju.
Antaranya:
Asal susu
Sebahagian besar keju dibuat daripada susu sapi tetapi ada juga dihasilkan daripada susu kambing atau kerbau dan susu unta.
Kadar lemak
Utk mendapatkan kadar lemak yg diinginkan, susu dicampur dgn susu rendah lemak sehingga kadar lemaknya turun atau dicampur dgn krim supaya kadar lemaknya meningkat.
APA KHASIATNYA?
Keju yg berasal dari susu menjadikan ia sumber yg penting dlm membekalkan karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral.
DIET!
Menjadi menu yg perlu dijauhi tetapi menurut pakar pemakanan, segala khasiat terdapat dalam keju dan ia boleh diambil tetapi dalam kuantiti yg sederhana.
Selain itu, ada juga yg memilih keju mozzarella utk menurunkan berat badan tetapi sebenarnya keju ini lebih baik utk pembentukan otot. Keju cheddar pula membantu menguatkan tulang dan baik utk tenaga.
Beberapa hasil kajian mendapati keju mengurangkan gejala sindrom pra menstruasi dan memperkuatkan tulang. Manakala kandungan mineral yg tinggi sangat baik utk melindungi gigi daripada karies.
Ingat! Bagi anda yg mengalami alahan dgn laktosa, selain mereka yg mempunyai sakit ginjal, hati dan jantung, hadkan jumlah pengambilannya kerana ia mengandungi garam dan lemak tinggi.
PROSES PEMANTANGAN
Utk mendapatkan rasa dan aroma yg menarik, setiap keju mengalami proses pemantangan yg berbeza. Contohnya, proses utk membuatnya ada yg mengambil masa dari 2 minggu hingga 7 tahun dan terdapat bahan2 lain yg ditambah utk mendapatkan kelazatannya.
YUM..YUM..YUM.....ENAKNYA!
Terdapat beberapa jenis keju yg menjadi kegemaran baik kanak2 ataupun org dewasa. Ia bukan saja dimakan begiyu sahaja tetapi boleh dimasak dlm pelbagai hidangan. Kenali dan nikmati beberapa jenis keju yg keju yg menjadi kegemaran anda.
Camembert
Keju ini berasal dari Perancis dan diperbuat daripada susu sapi. Teksturnya sangat lembut dan mengandungi lemak antara 45% - 50%. Sesuai dicampurkan dgn telur dadarn penkek atau pai.
Ricotta
Berasal dari Itali dan teksturnya sangat rapuh. Mengandungi kandungan lemak yg tinggi iaitu 65%. Rasanya yg lazat bersama aroma yg harum, sangat sesuai utk masakan pasta seperti spagheti atau lasagna.
Brie
Ia dikatagorikan sebagai keju yg lembut kerana bahagian kulit luarnya berwarna putih dan bahagian dalam lembut. Aromanya tajam dan kandungan lemak antara 45%. Ia sangat sesuai utk dijadikan bahan campuran salad atau dimakan bersama buah zaitun.
Krim Keju
Ia mempunyai sedikit rasa masam dan kandungan lemak antara 45% - 65%. Ia digunakan pada hidangan penutup seperti kek keju atau dimakan bersama potongan buah-buahan.
Mozzarella
Ia adalah keju dari Itali dgn kandungan lemak antara 40% - %0%. Kejunya akan meleleh ketika dimasak dan sangat sesuai utk dimasukkan dalam pizza.
Edam
Sangat popular dan berasal dari Belanda. Teksturnya yg keras dan kandungan lemak antara 40%. Bezanya dgn keju lain adalah lapisan sejenis lilin berwarna merah. Sesuai utk dicampurkan dlm aneka biskut dan taburan pada hidangan panggang.
Ia sejenis keras dari Itali. Berbentuk silinder dan berwarna kuning muda. tekstur yg keras sesuai utk keju parut. Proses matangnya agak lama antara 14 bulan hingga 4 tahun dan kandungan lemak sekitar 61%. Sesuai utk taburan pizza atau aneka pasta.
Cheddar
Sejenis keju yg paling banyak digunakan di seluruh dunia. Rasanya yg lazat dan aroma yg tidak terlalu tajam amat sesuai utk semua masakan. Hidangan sup, sandwic atau salad bertambah lazat dgn penambahan keju ini. Kandungan lemak 48%.
Emmenthal
Berasal dari Swiss dan bentuknya sangat unik kerana terdapat lubang2 ketika dipotong. Amat digemari kerana rasanya yg lembut dan aroma yg menarik.
0 comments:
Post a Comment