BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 10 August 2009

Padanan Pelbagai Rona Pembayang Mata Utk 4 Warna Kanta Lekap

Kuasa mata, siapa yg mampu menyangkalnya! Pada sepasang mata, tersirat seribu rahsia malah mata jua lah yg sering menyatu dua jiwa. Kuasa itulah yg membuatkan ramai ingin tampil dgn sepasang mata yg mempersona. Tidak hairanlah jika kanta lekap turut jadi pilihan. Kanta lekap biru, hijau, kelabu dan coklat menyerikan anak mata dan lantas apa pula warna pembayang mata yg sesuai?

Mencari warna pembayang mata yg sempadan bukanlah satu tugas yg mudah. Memang benar, warna pembayang mata juga berubah mengikut musim dan trend. Persoalannya, padankah treand warna itu dgn anda?
Jadi, anda harus mangambil kira beberapa faktor sebelum memadankan solekan mata. Selain karna kulit dan warna rambut, warna anak mata juga adalah elemen terpenting utk anda pertimbangkan.

BIRU MATA HITAMKU!

Sesekali menukar warna mata pada biru tentu saja menggamit pelbagai persepsi. Apa salahnya jika anda bijak merias mata dan warna biru paling sesuai utk gadis berkulit cerah. Rona pembayang mata paling sesuai utk digayakan terdiri dari rona jingga, merah jambu, biru, coklat, ungu, putih, karamel, keemasan, perak dan toffee.Kemudian, mantapkan lagi solekan anda dgn sapuan pembayang pipi rona pic dan oleskan gincu rona lembut yg disudahi dgn gloss bibir warna putih kristal. Hindari penggunaan warna pembayang mata dari rona hijau dan merah.


HIJAU PILIHAN HATI....

Bagi anda yg gemar tampil unik dan pelik, bermata hijau pasti memberikan kelainan yg dicari. Pilihan pembayang mata paling sesuai adalah dari rona pic dan merah jambu. Selain itu, rona copper, burgundy, fuchsia, kuning cair, kombinasi hijau dan kuning , ungu, plum, dan jingga aprikot juga sesuai utk anda. Warna biru adalah kombinasi pembayang mata terburuk utk anda yg bermata hijau. Selain itu, jng lupa memberikan fokus pada mata anda dgn penggaris mata rona coklat dan maskara hitam. Bagi mencapai dimensi gaya yg dicari, lengkapkan gaya anda dgn gincu rona lebih gelap atau merah.


MATA COKLAT YG MEMPERSONA

Anak mata rona coklat merupakan di antara rona semulajadi bagi mata selain warna hitam. Anda yg bermata coklat ini ternyata sangat brtuah kerana anda sesuai mengenakan pelbagai jenis warna pembayang mata. Namun pilihan terbaik adalah dari rona beige, toffee, coklat, putih dan coklat gelap. Serlahkan lagi bentuk mata anda dgn melukis garisan mata menggunakan penggaris mata dari rona hitam atau coklat.
Disudahi dgn warna jingga keemasan sangat sesuai utk pembayang pipi.


MATA KELABU JADI DAMBAAN

Kanta lekap rona kelabu juga menjadi pilihan bagi individu yg ingin tampil dgn mata lebih galak semulajadi. Kebiasaannya komponen warna 'sejuk' paling baik utk jadi padanan mata kelabu ini. Warna yg boleh jadi pilihan anda adalah seperti merah jambu, turquoise, biru, plum dan ungu. Jika anda berkulit cerah, rona sheer green juga boleh digayakan tetapi jauhi warna ini jika anda berkulit gelap kerana ia tidak akan menonjol. Warna coklat juga adalah warna yg patut anda jauhi jika anda memilih warna kelabu utk kanta lekap anda.


TIPS

* Jgn takut utk menyuaipadankan warna pembayang mata anda tetapi hadkan maksimum kepada tiga warna sahaja jika baru mencuba.

* Bagi memastikan warna pembayang mata anda bertahan lama, jgn lupa meratakan asas bagi solekan mata atau highlight. Sapukan rona asas pada mata akan membantu menjadi pemangkin pada debu pembayang mata anda.

* Ingat, jika tumpuan solekan anda adalah pada mata maka minimumkan sapuan warna gincu dan begitulah sebaliknya.

0 comments: