Setiap wanita idamkan kulit halus, gebu dan putih berseri. Untuk itu, ramai yang memilih untuk melakukan rawatan moden atau menggunakan produk-produk yang tersedia di pasaran. Namun, dalam dunia yang serba canggih ini, tidak salah kiranya kita kembali ke alam semulajadi dalam mengekalkan kecantikan kulit wajah.
Kebanyakan tanam-tanaman di atas muka bumi ini boleh dimanfaatkan untuk tujuan kecantikan. Salah satu daripadanya ialah kelapa. Walaupun kelapa tidak terkenal seperti minyak zaitun dalam dunia kecantikan tetapi jangan pandang remeh tentang kelapa kerana ia juga mengandungi khasiat yang tersembunyi. Sebenarnya dari air kelapa muda hinggalah diproses menjadi santan. Ia turut digunakan untuk tujuan kecantikan.
Kulit Putih Gebu Dengan Lulur Santan
Peranan santan telah diakui sejak zaman berzaman. Malahan, masyarakat Melayu amat sinonim dengan penggunaan santan dalam masakan atau untuk kecantikan diri. Santan juga turut digunakan sebagai petua untuk mendapatkan kening yang menawan dan rambut lebat bersinar.
Selain daripada itu, khasiat santan yang mengandungi asid lemak tepu bukan sahaja untuk kecantikan tetapi mampu melindungi kulit dan mengekalkan daya ketahanan badan seseorang.
Lulur santan yang dirumus secara semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia berperanan untuk menyingkirkan sel kulit mati, meransang keanjalan kulit dan memberikan kelembapan. Disamping itu, lulur santan berkesan mengurangkan risiko kulit gelap akibat terdedah kepada cahaya matahari.
Lulur santan yang mengandungi asid laurik urut berkesan meransang pertumbuhan kolagen dalam sel kulit dan bertindak melindungi kulit daripada kuman. Jangan tersalah anggap bagi anda yang berusaha mencerahkan kulit dengan lulur santan. Sebenarnya kulit cerah yang terhasil bukanlah daripada proses pengelupasan produk kecantikan tetapi ia berlaku secara semulajadi dengan penyingkiran tisu mati dan kotoran yang terdapat pada kulit.
Kelebihan Rawatan Lulur Santan
* Kulit menjadi halus, gebu dan cerah
* Membuang sel-sel mati dan daki yang ada pada badan.
* Memutihkan bahagian pelipat paha,lutut, siku dan celah ketiak.
* Mengurangkan tekanan dan keletihan.
* Mengekalkan tenaga
* Mengurangkan bau badan dan mengawal masalah peluh berbau.
* Membaiki tekstur kulit.
* Mengurangkan dehidrasi.
Cara rawatan
- Sebelum anda melakukan rawatan, kulit akan dianalisis untuk memastikan rawatan yang sesuai untuk digunakan.
- Kemudian, tubuh dilulurkan dengan santan
- Lulur dilakukan dari atas bahu hingga ke telapak kaki
- bilas badan anda dengan air suam
- Letakkan serbuk susu pada keseluruhan badan
- Mulakan urutan daripada kaki hingga ke kepala
- Rendam badan anda di dalam tab mandi yang mengandungi air suam dan krim mandian santan selama 15 minit.
- biasanya, di akhir rawatan, anda akan disediakan dengan teh halia untuk menghilangkan angin-angin yang terkandung dalam badan.
Petua
Cantik Dengan Air Kelapa Muda
Tidak hanya untuk mengembalikan kesegaran tetapi air kelapa muda mempunyai banyak kandungan khasiat kesihatan dan kecantikan. Air kelapa mempunyai unsur kandungan makro dan mikro iaitu karbon dan nitrogen. Ia termasuklah, glukosa, sukrosa, protein, mineral untuk tubuh, asid amino ,kalium,kalsium, magnesium,ferum, vitamin C dan lain-lain.
Antara Kegunaan air kelapa untuk kecantikan ialah:-
a) Menghilangkan jerawat
* Caranya: Satu gelas air kelapa yang dicampur dengan kunyit dan dibiarkan semalaman, Kemudian masukkan pula serbuk kayu cendana dan disimpan selama tiga hari. Titiskan campuran tadi pada jerawat dua kali sehari
b) Mencegah Ubah
* Campurkan air kelapa dengan satu sudu garam. Gunakan semasa mandi atau ketika mencuci rambut.
C) Muka sentiasa bercahaya
* Sapukan air kelapa yang telah disimpan semalaman ke muka anda beberapa kali. Pastikan muka anda yang dibasuh dengan air kelapa dibiarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air.
d) Elak kedutan di wajah
* Sentiasa membasuh muka dengan air kelapa
e) Mencantikkan telapak kaki
* Rendam segenggam beras ke dalam air kelapa selama 6 hingga 7 jam. Tumbuk atau giling beras rendaman tadi sehingga halus dan letakkan di telapak kaki. Lakukan selama 3 hingga 4 hari.
Friday, 14 August 2009
Kulit Halus,Gebu Dan Cantik Dgn Kelapa
Posted by farahsza at 1:10 pm
Labels: kecantikan, khasiat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment