BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 31 July 2009

Baik & Buruk Diet Rendah...........


Tampil cantik dan langsing sememangnya keinginan semua wanita kerana dgn tubuh yg cantik akan membuatkan seseorang itu lebih berkeyakinan. Biasanya, keinginan utk cantik dan langsinglah yg membuatkan anda mencari program diet sebagai alternatif pilihan. Tetapi, jgn pula tersalah pilih, nanti akan memakan diri sendiri. Cuba teliti baik dan buruk diet yg anda lakukan.

**Diet Rendah Kolesterol**

BAIK - Utk menurunkan kadar kolesterol, para peneliti telah menyarankan beberapa makanan yg boleh mengawal kolesterol ialah ikan yg mengandungi lemak seperti tuna dan salmon, oatmeal serta makanan dari tumbuhan. Di samping itu, diet ini membantu utk mencukupkan kadar kolesterol dlm tubuh.

BURUK - Jika terlalu berhati2 dlm mengambil diet rendah kolesterol juga boleh meninggikan risiko menyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kolesterol meningkatkan risiko sakit jantung, walaupun kandungan kolesterol dlm darah tidak berubah banyak.


**Diet Rendah Lemak**

BAIK - Diet ini mendhindarkan pengambilan makanan yg tinggi kandungan lemakdan akan memberikan pengurangan pengambilan jumlah kalori harian.

BURUK - Sesetengah pengamal diet ini memberi gambaran yg salah dgn mengatakan selulit terjadi disebabkan oleh bahan toksik. Kononnya, dgn pengabilan diet ini, ia boleh membantu mengurangkan lemak terutama di bahagian paha dan pinggang.


**Diet Rendah Karbohidrat**

BAIK - Karbohidrat adalah sumber tenaga utama dlm tubuh kita selain protein dan lemak. Selain memberi sumber tenaga, ia juga membantu utk pembakaran lemak, mengawal kadar gula dlm darah, menurunkan tekanan darah dan sebagainya.

BURUK - Mengurangkan karbohidrat dan menambahkan protein menyebabkan perubahan protein kepada glukosa yg akan menghasilkan nitrogen seterusnya membebankan ginjal. Jadi, jika dilakukan diet ini berterusan, ia boleh membahayakan ginjal kita.


**Diet Rendah Protein**

BAIK - Tujuan diet ini adalah memberikan makanan secukupnya dgn kemampuan ginjal utk menyaringkan sisa metabolisme protein. Antara makanan sumber protein ialah daging, ayam, ikan, hati, telur, susu dan lain2.

BURUK - Elakkan pemgambilan makanan yg tinggi kalori atau rendah protein seperti sirap, madu dan lain2 kerana ia akan mengurangkan nafsu makan. Diet rendah protein yg berterusan lebih daripada dua minggu juga boleh membahayakan kesihatan.


**Diet Rendah Garam**

BAIK - Ia membantu menghilangkan penimbunan garam atau air dlm jaringan tubuh dan menurunkan tekanan darah tinggi.

BURUK - Pengambilan garam yg terlalu sedikit atau secara berlebihan boleh dikaitkan dgn masalah kesihatan dan penyakit seperti kanser dan mulut.


**Diet Rendah Kalori**

BAIK - Mendapatkan makanan rendah kalori dlm pola makan setiap hari membuatkan anda awet muda dan memperlambatkan proses penuaan pada tubuh.

BURUK - Diet yg terlalu rendah kalori boleh menyebabkan kesan sampingan dan komplikasi seperti pembentukan batu dlm pundi hempedu, kehilangan jisim otot dan peningkatan asid amino dlm darah akibat ketidakseimbangan tenaga.

Jangan anda menyiksa diri utk mendapatkan badan yg langsing kerana kunci utama utk anda tampil menarik adalah dgn mengamalkan pola makanan yg sihat dan betul.

0 comments: