Thursday, 27 August 2009
Sakit Kepala? Cubalah Refleksi Tangan
Sebahagian kita menggunakan 'painkiller' atau ubat penahan sakit dgn segera sebaik sahaja sakit kepala menyerang. Tetapi, jika anda melakukan penyembuhan sendiri secara semulajadi utk meringankan rasa sakit, tidak perlu pergi jauh, lihat saja telapak tangan anda. Para pengamal perubatan tradisional menyatakan tangan tak ubah seperti sebuah peta mini dari bahagian tubuh kita kerana tangan berhubung kait dgn organ-organ dalaman. Seperti contoh, jari telunjuk pada hidung, telapak tangan atas fasa peru-paru dan ibu jari pada tulang belakang dan otak. Dengan menekan bahagian tertentu, kita boleh merangsang saraf dan mendorong otot atau organ bereaksi. Ini meningkatkan bekalan darah pada hujung saraf dan membantu memecahkan ketegangan dan peradangan dalam bentuk rasa sakit.
Posted by farahsza at 12:20 am 0 comments
Wednesday, 26 August 2009
Wanita Merokok Cepatkan Menopaus
Selain menjejaskan kesuburan, kajian menemukan wanita yg merokok mungkin mengalami menopous lebih awal berbanding yg tidak merokok. Mereka juga dikatakan mengalami perubahan hidup dua tahun lebih awal. Journal Reproductive Biomedicine Online menyatakan merokok boleh membahayakan telur dan mempengaruhi kesuburan. Pada wanita merokok, menopaus bermula pada sekitar umur 47 tahun sementara mereka yg tidak merokok pula, menopaus bermula pada umur 49 tahun. Munurut ketua kajian, Dr.Filiberto Di Prospero perbezaan dua tahun permulaan menopaus ini menyatakan pengaruh rokok yg mengganggu fungsi telur kerana kerosakan reproduksi secara biologi.
Posted by farahsza at 11:57 pm 0 comments
Tips Mencegah Kaki Bengkak
Kaki adalah bahagian luar biasa dari rangka manusia. Dari pinggang sampai ibu jari, terdapat lebih dari 60 tulang yg berbeza. Dalam kehidupan sehari-hari, rata-rata org berjalan sejauh 9000 langkah sehari. Tidak hairan lah jika kaki sering kali terasa penat, sakit dan bengkak. Seorang pakar penyakit kaki dari Toronto Hartley Miltchin menyarankan cara mengawal pembengkakan kaki seperti berikut :
* Banyakkan berihat jik sering terasa sakit.
* Sekiranya anda mengalami kesakitan akut atau pembengkakan, letakkan ais atau sayuran beku pada kaki selama 20 minit. Ulang setiap beberapa jam selama 48 jam pertama.
* Berehat dan tinggikan kaki jika terasa bengkak. Letakkan bantal di bawah kaki jika anda baring terlentang.
* Jika kaki terasa letih dan tidak mengalami pembengkakan, rendamkan kaki dalam air suam selama 20 minit. Untuk penyembuhan berikutnya, tambahkan empat titis minyak kayu putih.(Eucalyptus)
* Gunakan skrub pengelupasan utk membuang kulit kasar.
* Keringkan kaki dan gunakan krim pelembab.
Posted by farahsza at 11:45 pm 0 comments
Masalah Penbuangan Air Kencing
Posted by farahsza at 11:19 pm 0 comments
LETIH, Mungkin Gejala Penyakit Jantung
Jng pandang remeh jika anda berasa letih yg agak luar biasa, ini mungkin gejala serangan jantung. Penyakit jantung mempunyai gejala-gejala antara lainnya ialah letih yg luar biasa, pola tidur yg terganggu, sukar bernafas dan ketidakmampuan mencerna makanan. Biasanya gelaja ini muncul sebulan lebih awal dari serangan jantung, jika disedari lebih awal, ia memberi cukup masa utk mencegahnya. Gejala klasik seperti sakit dada sebelum serangan lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita. Posted by farahsza at 11:02 pm 0 comments
Garam Menyingkirkan TOKSID Dalam Badan
Garam yg anda ambil setiap hari bukanlah hanya sebagai penyedap rasa masakan tetapi jauh dari itu ia bertindak menyingkirkan toksid serta kekotoran dlm badan yg tidak diperlukan oleh tubuh. Kandungan sodium dlm garam bertindak menyimbangkan tenaga balam tubuh. Kandungan bahan ini juga membantu menyeimbangkan keadaan berasid serta menjadikan agen detoksifikasi yg sekaligus menyingkirkan toksid dan asid daripada tubuh dlm masa yg singkat. Walaupun garam agak sensitif dgn penyakit buah pinggang dan darah tinggi, namun pengambilannya yg terkawal masih dapat membantu kesihatan tubuh yg lain. Berusahalah mengambilnya namun hadkan pengambilannya dgn kadar yg sihat utk tubuh anda.Posted by farahsza at 10:45 pm 0 comments
Mandi Sauna Dan Wap Menyegarkan
Amalan mandi wap atau sauna dpt memberikan kesan baik kepada tubuh kerana wap akan memasuki rongga pernafasan dan terus ke sistem perjalanan darah atau fungsi organ yg memberi kesan positif. Wap memanaskan seluruh anggota, menjadikan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menjadikan darah lebih mudah mengalir. Kesan panas juga melegakan otot-otot dan menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas tubuh badan. Wap membuka rongga roma, mengeluarkan segala kotoran dlm kulit, menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan menghilangkan kelemumur. Khasiat mandi wap membantu wanita selepas bersalin mengembalikan bentuk tubuh dgn mencairkan lemak dan menambahkan susu badan. Ia juga dpt menyembuhkan sakit gout, migrain, resdung, buasir, sengal-sengal sendi, kebas, selesema, penyakit kulit, batu karang dan darah tinggi. Mengamalkan mandian wap dan sauna ini pula boleh menggantikan sel-sel yg telah mati dan memberikan kesegaran kepada kulit.
Posted by farahsza at 10:31 pm 0 comments
Labels: info
Bawang Putih Rendahkan Suhu Badan
Bawang putih kaya dgn selulos, vitamin A, B dan zat galian seperti zat kalsium, fosforus dan besi. Bawang putih yg mengandungi bahan allicin bertindak merendahkan paras suhu badan selain menurunkan paras kolesterol dan menambahkan kepekatan darah. Sifat bawang putih yg bertindak mengeluarkan lebihan angin yg tidak diperlukan dlm badan membuatkan tubuh kekal sihat tanpa masalah dalaman lain dan mengimbangkan suhu badan. Selain itu, kandungan bawang putih bukan sahaja menghasilkan antibodi tetapi membentuk sistem kawalan secara semulajadi utk membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu, disentri (berak darah), taun dan bengkak kerongkong.
Posted by farahsza at 10:17 pm 0 comments
Saturday, 22 August 2009
Buahan Kering Pembuka Selera Yg Kaya Khasiat
Buah kering sering jadi pilihan saat berbuka puasa. Ia bukan saja mudah didapati tetapi dpt membantu memberikan tenaga segera kepada kita. Kurma adalah pilihan paling popular saat menjelang Ramadan. Inginkan pilihan lain? Cubalah kismis dan buah prun.
Khasiatnya KURMA 
Hakikatnya, tidak perlu menunggu hingga ke bulan Ramadan utk anda menikmati kurma. Ini kerana kurma adalah buah seribu khasiat.
* Selain kandungan kalorinya yg tinggi, ia juga mudah dihadamkan ketika berbuka puasa.
* Mampu membantu merendahkan risiko serangan angin ahmar.
* Kandungan karbohidratnya yg tinggi memberikan kita tenaga yg maksimum utk kembali segar setelah seharian berpuasa.
* Ia juga mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh iaitu kalium khusus utk kebaikan jantung dan pembuluh darah. Galian ini membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot-otot dan mengatur tekanan darah.
* Gula yg terkandung dlm kurma mudah diserap dlm tubuh tanpa perlu melalui proses yg panjang. Inilah yg menjadikan kurma sebagai buah yg paling ideal utk hidangan berbuka puasa atau sahur.
* Kurma juga diketahui mengandungi pelbagai vitamin penting lain, seperti vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin, zat besi, vitamin B, asid nikotinat, serat dan bermacam-macam lagi.
* Kurma juga mengandungi banyak garam galian lain seperti magnesium, potasium dan kalsium.
* Serat yg terkandung di dlm kurma pula dpt membantu melancar dan mengaktifkan fungsi usus sekali gus memudahkan pembuangan air besar.
FAKTA NUTRISI
Dlm setiap 100 gm kurma kering terkandung Vitamin A 50 IU, Tiamin 0.09 mg, Riboflavin 0.10 mg, Niasin 2.20 mg serta Kalium 666 mg.
Nikmatnya KISMIS
Selain kurma, kismis juga menjadi pilihan utk dimakan sewaktu berbuka atau bersahur. Anda disarankan makan sekitar 21 biji kismis (khususnya kismis merah) di waktu pagi setiap hari bagi membantu merangsang kecerdasan minda.
* Kismis adalah sumber antioksidan yg baik. Antioksidan yg terdapat pada kismis dikenali sebagai 'catechin' di mana merupakan sejenis bahan antioksidan yg sedia diserap. Bahan tersebut membantu utk meningkatkan kesihatan usus besar.
* Kandungan potasium dan serat di dlm kismis juga tinggi di mana ia baik utk penghadaman.
* Ia turut mengandungi fruktosa iaitu gula buah semulajadi. Fruktosa ini bila diurai mampu menjadi sumber tenaga yg baik buat tubuh.
* Berita baik bagi mereka yg sedang berdiet, kismis tidak mengandungi sodium, lemak mahupun kolesterol apatah lagi ia mudah dijadikan sajian seharian.
* Bagi mendapat serat yg baik, disarankan pengambilan dua sajian kismis setiap hari. Suku cawan kismis mengandungi serat yg bersamaan dgn satu sajian buah-buahan.
* Kismis juga boleh membantu memerangi masalah plak gigi dan penyakit gusi. Berdasarkan kajian Kolej Pergigian Universiti Chicago, kismis mengandungi bahan 'phytochemical' yg menyekat pertumbuhan bakteria di dlm mulut. Ini sekaligus membantu mengurangkan masalah penyakit gusi dan kerosakan gigi manakala kajian turut menunjukkan tiga dari empat org dewasa yg berusia melebihi 35 tahun dilaporkan mengalami beberapa bentuk penyakit gusi.
FAKTA NUTRISI
Bagi setiap 100 gm kismis terkandung 79 gm Karbohidrat, 4 gm Serat, 59 gm Gula, 3 gm Protein, 32 miligram Magnesium, 101 miligram Fosforus dan 749 miligram Potasium.
Hebatnya PRUN
Prun sememangnya kaya dgn pelbagai manfaat utk kesihatan. Rasanya yg masam manis mampu membuka selera terutamanya sewaktu berbuka puasa. Buah prun juga mampu membantu memberikan tenaga segera kepada kita.
* Ia kaya dgn antioksidan yg tinggi serta membantu mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.
* Prun juga mengandungi potasium dan zat besi yg baik utk membantu melancarkan aliran darah.
* Kandungan seratnya juga baik utk sistem penghadaman.
* Kandungan vitamin A dan C di dlmnya pula dpt membantu mempertingkatkan kesihatan rambut dan kulit.
* Ia juga diperkaya dgn kandungan lutein yg baik utk kesihatan mata.
* Pengambilan prun di waktu bersahur dpt membantu memberiakn tenaga esktra utk memulakan tugasan harian. Ini kerana rembesan kandungan gulanya utk dicerna berlaku secara perlahan bagi membolehkan kadar tenaga kekal sepanjang hari.
* Buah prun juga sesuai dujadikan snek bagi mereka yg berdiet. Sebiji buah prun hanya mengandungi kira-kira 11 kalori dan ia bebas lemak.
* Kajian terkini di Amerika Syarikat baru-baru ini mendapati wanita yg makan 12 biji prun setiap hari mampu mengurangkan risiko diserang osteoporosis.
* Kandungan serat boleh larut di dlmnya pula mampu membangkitkan rasa kenyang yg lebih lama di mana sangat sesuai utk kita yg sedang berpuasa.
FAKTA NUTRISI
38 gm prun kering (Bersamaan dgn 5 biji) mengandungi 16.5 gm Karbohidrat, 3 gm Serat, 295 kj (Tenaga) dan yg pastinya bebas lemak.
Posted by farahsza at 1:39 pm 0 comments
10 Tips Ekstra Langsing Saat Berpuasa
1 - Paling penting utk anda lakukan adalah mengenalpasti kadar metabolisme tubuh anda. Ini kerana individu yg mempunyai kadar metabolisme tinggi, mereka tidak mempunyai masalah berat badan walaupun makan banyak ketika berbuka.
2 - Bagi individu yg mempunyai kadar metabolisme rendah, harus lebih berhati-hati dlm soal pemilihan kuantiti dan jenis makanan ketika berbuka. Elak makan melebihi keperluan harian kerana ia akan menimbulkan masalah berat badan apatah lagi tiada aktiviti yg berat di waktu malam selepas berbuka.
3 - Ramai yg anggap bersahur itu sesuatu yg remeh tetapi hakikatnya bersahur adalah sama pentingnya dgn bersarapan. Bersahur akan membantu anda mengimbangi zat gizi yg tidak diperolehi tubuh selama sehari berpuasa. Jadi, prinsip bersahur bukan utk kenyang semata-mata tetapi lebih kepada makanan yg bergizi tinggi.
4 - Mulakan saat berbuka dgn makan makanan yg mudah, ringkas dan dlm kuantiti yg sedikit demi sedikit tetapi berulang-ulang. Kejutan 'jutaan' makanan secara tiba-tiba akan membuatkan perut berasa tidak selesa dan anda mudah berasa loya.
5 - Jgn lupakan sayuran dan buah-buahan di dlm menu berbuka dan bersahur anda. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yg diambil perlulah bergantung pada keperluan individu.
6 - Sebaiknya elak atau kurangkan pengambilan makanan yg berempah dan pedas kerana ia boleh menyebabkan perut pedih dan gastrik. Selain itu, elakkan juga daripada minum minuman berkarbonat (bergas) atau kandungan kafein yg tinggi kerana ia akan memburukkan lagi keadaan perut anda yg kosong setelah seharian berpuasa.
7 - Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat tarawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada kegemukan. Anda dinasihatkan utk tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.
8 - Kurangkan pengambilan lemak dan bukan karbohidrat dlm menu diet anda. Ini kerana 1 gram lemak mengandungi 9 kalori berbanding hanya 4 kalori bagi 1 gram karbohidrat.
9 - Berpuasa tidak seharusnya dijadiakn alasan utk anda kurang minum air. Pastikan anda minum air secukupnya di antara waktu bersahur dan juga berbuka puasa.
10 - Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan meskipun anda sedang berpuasa. Bezanya, anda boleh memilih aktiviti kecergasan berintensiti rendah dan dilakukan selama 30 minit setiap sesi utk sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Posted by farahsza at 1:11 pm 0 comments





