BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 26 August 2009

Tips Mencegah Kaki Bengkak


Kaki adalah bahagian luar biasa dari rangka manusia. Dari pinggang sampai ibu jari, terdapat lebih dari 60 tulang yg berbeza. Dalam kehidupan sehari-hari, rata-rata org berjalan sejauh 9000 langkah sehari. Tidak hairan lah jika kaki sering kali terasa penat, sakit dan bengkak. Seorang pakar penyakit kaki dari Toronto Hartley Miltchin menyarankan cara mengawal pembengkakan kaki seperti berikut :

* Banyakkan berihat jik sering terasa sakit.
* Sekiranya anda mengalami kesakitan akut atau pembengkakan, letakkan ais atau sayuran beku pada kaki selama 20 minit. Ulang setiap beberapa jam selama 48 jam pertama.
* Berehat dan tinggikan kaki jika terasa bengkak. Letakkan bantal di bawah kaki jika anda baring terlentang.
* Jika kaki terasa letih dan tidak mengalami pembengkakan, rendamkan kaki dalam air suam selama 20 minit. Untuk penyembuhan berikutnya, tambahkan empat titis minyak kayu putih.(Eucalyptus)
* Gunakan skrub pengelupasan utk membuang kulit kasar.
* Keringkan kaki dan gunakan krim pelembab.

0 comments: