Bersenam selalu
Faedah-faedah bersenam
*Menjadi cergas
*Mengawal berat badan
*Membina stamina dan kekuatan
*Meningkatkan kelenturan sendi, gerakan badan dan mencegah kecederaan
*Menuatkan otot, tulang dan sendi
*Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dna peredaran darah
*Memperbaiki postur badan
*Menyerikan wajah dan meningkatkan ketrampilan diri
*Mengurangkan tekanan mental
*Melambatkan proses penuaan seperti osteoporosis di kalangan wanita menopos
*Meningkatkan interaksi dan hubungan kekeluargaan
Senaman bersama keluarga adalah menyeronokkan
*Libatkan ahli keluarga dan kawan-kawan bila melakukan senaman
*Ketahuilah bahawa terdapat pelbagai senaman, permainan dan sukan dimana anda dan keluarga boleh lakukan bersama seperti :-
*Berjalan kaki
*Lompat tali
*Berbasikal
*Berjoging
*Berenang
*Bersenamrobik
*Bermain badminton
Pilihlah permainan atau sukan yang digemari dan menggembirakan semua ahli keluarga.
Tiada masa, tiada tempat untuk bersenam ?
Kebanyakkan kita terlalu sibuk untuk bersenam. Walaubagaimanapun kita masih boleh menikmati cara hidup sihat yang cergas dengan mengamalkan petua-petua berikut :-
Semasa perjalanan ke tempat kerja
*Sekiranya menggunakan lif, keluarlah 2 tingkat lebih awal dan seterusnya gunakan tangga.
*Turun MRT/bas satu perhentian lebih awal dan seterusnya ke pejabat.
*Sekiranya anda memandu ke pejabat, bersenamlah 15 minit sebelum ke pejabat.
Semasa di pejabat
*Lakukan senaman ringan atau rengangan selepas lama bekerja
*Lebihkan penggunaan tangga dan kurangkan pengunaan lif
*Lakukan senaman di waktu rehat semasa menghadiri mesyuarat panjang
*Libatkan rakan sekerja untuk sesi bersenam waktu rehat tengah hari
Semasa di rumah
*Lakukan rengangan atau senaman ringan semasa menonton televisyen
*Ikut serta anak-anak anda ke taman permainan dan bersenam selepas waktu bekerja
*Berkebun adalah sejenis aktiviti fizikal yang baik
Semasa membeli- belah
*Letakkan kereta jauh sedikit dari tempat membeli belah kerana berkalan kaki ke tempat tersebut merupakan satu bentuk senaman yang baik untuk anda.
Bersenamlah secara tetap sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk 20 - 30 minit setiap kali.
0 comments:
Post a Comment