BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 7 August 2009

Siapa Perlu Vitamin?


Sebahagian besar org tidak sihat memerlukan bantuan vitamin dan suplemen utk kekal cergas. Golongan yg seharusnya mengambil suplemen dan vitamin adalah:

Warga Emas Berusia 65 Tahun Ke atas
Pengambilan vitamin oleh golongan tua dikatakan mampu memperbaiki fungsi imuniti dan menurunkan risiko jangkitan penyakit.

Pengamal Diet Ketat
Mengamalkan diet ketat sebenarnya tidak terlalu baik utk kesihatan kita. Bagi anda yg makan kurang daripada 1000 kalori setiap hari atau mengalami sebarang alahan terhadap makanan, anda dinasihatkan utk mengambil vitamin.

Perokok
Amalan merokok boleh menurunkan kandungan vitamin C dlm tubuh. Bagi anda yg merokok, pengambilan 100 mg vitamin atau suplemen perlu diamalkan setiap hari berbanding mereka yg tidak merokok. Bagi anda yg bukan perokok, anda hanya dicadangkan utk mengambil sebanyak 60 mg vitamin.

Peminum Alkohol
Pastinya anda akan kehilangan zat dlm tubuh sekiranya anda mengambil minuman beralkohol. Ini kerana alkohol mempengaruhi sistem metabolisme dlm badan.

Wanita Mengandung & Menyusukan Bayi
Wanita hamil dan menyusukan bayi memerlukan lebih nutrien terutamanya asid folik, zat besi dan kalsium.

Vegetarian
Anda yg tidak mengambil makanan lain selain sayuran memerlukan vitamin dan suplemen kerana ia akan membekalkan khasiat lain yg anda tidak amalkan seperti produk tenusu.

0 comments: