BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 2 August 2009

Petua Kecantikan 6

Awet Muda

Petua 1 :

lakukan memakan ulaman yang segar dan buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan kesehatan dan akan kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya. lakukan memakan daun pegaga selama beberapa minggu dan anda akan lihat hasilnya

Petua 2 :
Ambil 2 helai pucuk betik, 2 inci kunyit hidup, 2 inci lempoyang, 2 inci isi cekor dan satu cawan air masak. Bahan2 ini dikisar lumat dan ditapis. Minum ramuan ini setiap hari. Hasilnya wajah anda lebih bersih, berseri dan kulit cantik.

Menegangkan Kulit Muka

Petua 1 :
Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta memutihkan wajah dan menjadikan kulit kita segar

Petua 2 :
Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Campurkan bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. lakukan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya

Menghaluskan Kulit Muka

Petua 1 :
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka . Sebaiknya dilakukan pada waktu malam. . Setelah agak lama, cuci muka dgn air hangat. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Petua 2 :
Campur sedikit asam jawa bersama air dan sesendok tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas menit. Selepas itu barulah dibilas

Petua 3 :
Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia dingin lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Melembabkan Muka

Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga lumat. Kobis tadi dicampurkan dengan madu. Tempelkan pada muka. lakukan selama seminggu dan anda akan merasakan perbedaan pada kulit anda. Kulit anda akan menjadi lebih lembut dan masalah kulit kering akan diatasi.

Menghilangkan Bintik Hitam

Petua 1 :
Sapukan ubat gigi pada kawasan bintik hitam pada wajah anda sebelum masuk tidur. Warna bintik-bintik hitam akan beransur pudar dan menjernihkan wajah anda sekaligus.

Petua 2 :
Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tempelkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan 2 kali seminggu.

Mencantikkan Kulit Muka

Petua 1 :
Sapukan putih telur ke muka anda dan biarkan selama 10 minit. Cuci dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali.

Petua 2 :
Cuci muka dengan air hangat dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn kain yg bersih. Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.

Petua 3 :
Amalkan mencuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan teh tersebut ke muka anda, 10 menit kemudian cucilah dengan air bersih

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat

Rebus segenggam biji manjakani di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Kemudian tunggu sehingga hangat, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari

Menghilangkan Jerawat

Petua 1 :
Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu merata, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 menit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus

Petua 2 :
Campurkan air limau nipis dengan satu sendok minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah dingin atau hangat , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Biarkan beberapa menit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih

Petua 3 :
Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan berangsur hilang.

Petua 4 :
Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 :
Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. lakukan 3 kali seminggu

Petua 6 :
Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air hangat. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 :
Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 :
Campurkan putih telur ayam lampung bersama satu senduk tepung jagung dan minyak zaitun. aduk rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air hangat. Ia bagus untuk kulit bermasalah dan membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu

Petua 9 :
Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan mematikan pertumbuhan jerawat.

Petua 10 :
Kisarkan segenggam dua kacang hijau sehingga halus. Untuk mendapatkan tekstur yang halus dan gebu, kacang hijau yang dikisar itu perlu ditapis (guna penapis yang agak jarang). Serbuk kacang hijau ini digunakan dengan cara mencampurkannya dengan sedikit air dan kemudian sapukan ke seluruh bahagian muka sebelum mandi pada setiap hari. Ramuannya jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sedang-sedang ajer. Biarkan sehingga kering barulah dicuci. Gunakan air suam sahaja untuk mencuci muka. Amalkan petua ini sekali setiap hari. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat di badan (yang biasanya terjadi di bahagian belakang badan). Cara penggunaannya adalah sama dengan cara di atas kecuali anda memerlukan orang lain untuk menyapukanya!

Menghilangkan Bekas Jerawat

Petua 1 :
Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan

Petua 2 :
Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Petua 3 :
Ambil 10 helai daun sirih muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air hangat dan sapukan sirih pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 4 :
Daun pegaga dikisar dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Sapukan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering

Petua 5 :
Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air hangat

Petua 6 :
Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 :
Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air hangat.

Wajah berseri-seri

Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh menit.

Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato masak,lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Mengurangkan Bintik Putih

Petua 1 :
Ambil beberapa biji badam dan campurkan dengan kulit oren. blender bahan itu hingga lumat. Kemudian, ambil sedikit bahan ini dan campurkan dengan sedikit air. Gosoklah ke muka anda dan di tempat-tempat yang ada bintik putih. InsyaAllah jika rajin mengamalkannya, bintik2 putih di muka akan berkurangan

Petua 2 :
Ambil beras pulut dan cuci bersih. Toskan sehingga kering airnya. Tumbuk2 beras pulut tersebut dan diayak halus. Gunakan beras ini utk mencuci muka. Basahkan muka dan gosok beras ini pada kulit perlahan2 selama 5 menit. Cuci hingga bersih. InsyaAllah wajah akan lebih halus, licin dan tiada lagi bintik2 putih.

Merawat Kulit Mencegah Kerut

Petua 1 :
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesedu tepung jagung dan sebiji kuning telur. lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari.

Petua 2 :
Utk mengurangkan garis halus di wajah, ratakan selapis madu pada wajah dan biarkan selama 15-20 menit. Bersihkan menggunakan kapas yang dibasahkan dengan air (sebaik-baiknya air hujan). Jika kulit berminyak, campurkan beberapa tetes jus lemon ke dalam madu sebelum disapukan pada wajah.

0 comments: