Mengkudu (Morinda tinctoria; Morinda citrifolia) boleh dijadikan jus untuk diminum. Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara. Contohnya "Noni" (Hawaii, Polynesia); "Nono" (Tahiti); "Lada" (Guam); "Indian Mulberry" (India); "Painkiller tree" (Kepulauan Caribbean); "Nhau" (Sebahagian di Asia Tenggara); "Cheesefruit" (Australia); "Bumbo" (Afrika) dan "Kura" (Fiji).
Mengkudu mengandungi bahan "xeronine".
Dr. Ralph M. Heninicke, Ahli Biokimia, University of Hawaii, Amerika Syarikat merupakan perintis kajian buah mengkudu selama 45 tahun. Beliau menemui kompoun alkoloid "proxeronine" dalam buah mengkudu secara tidak sengaja ketika mengkaji enzime "bromelin" dalam buah nenas. Kandungan "proxeronine" dalam buah mengkudu adalah 800 kali berbanding paras yang terdapat dalam buah nenas.
Jadi, buah mengkudu amat berguna kepada kesihatan manusia. Buah mengkudu mengandungi zat pencetus "xeronine" yang dipanggil sebagai "proxeronine" di samping terdapat enzim yang membantu "proxeronine" membentuk "xeronine".
Kepentingan xeronine :
Salah satu bahan penting bagi menggalakkan pertumbuhan tisu dalam tubuh badan manusia menerusi tindakbalas bahan kimia antara proxeronine dan proxeronase.
Interaksi dua bahan kimia proxeronine dan proxeronase boleh membantu membesarkan liang pada usus kecil - sekali gus mempercepatkan serapan bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan.
Berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan sebagai bahan awet muda.
Mengkudu juga kaya dengan bahan anti-oksidan iaitu membantu melambatkan proses penuaan. Biasanya buah mengkudu dipetik dan diperam di atas garam, atau di dalam beras. Apabila sudah masak ia boleh dimakan begitu sahaja. Ianya juga boleh dicampur dengan gula untuk dimakan.
Buah mengkudu boleh memulih sel atau tisu rosak, sekali gus melambatkan proses penuaan, di samping berguna bagi penyakit kencing manis, sengal sendi dan tekanan darah tinggi. Daun mudanya boleh digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman. Daunnya jika direbus boleh menyihatkan ibu yang baru bersalin. Kulitnya berguna bagi mengubati penyakit Malaria. Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat penyakit mata. Akar mengkudu berguna bagi mengubati penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak.
Antara khasiat buah mengkudu :
Sistem pernafasan - melegakan penyakit sinus atau resdung, asma, bronkitis dan hingus meleleh.
Sistem penghadaman - perut kembung, ulser, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam makan dan masalah keracunan makanan.
Sistem kardiovaskular - mengurangkan tekanan darah tinggi dan merendahkan aras kolesterol.
Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, migraine, sakit ginjal dan buah pinggang.
Mulut dan tekak - radang tekak, sakit gusi, sakit gigi dan batuk.
Penyakit kulit - bisul, luka dan ulser kulit.
Lain-lain - meredakan penyakit darah tinggi, betis kering bersisik, merekah tumit kaki, mengurangkan penyakit batuk, penyakit kuning dan demam panas.
Bagi wanita yang baru lepas bersalin - daun mengkudu boleh digunakan untuk mengecutkan rahim. Caranya ialah dengan membalut daun mengkudu itu dengan kain dan dipanaskan untuk bertungku.
Saturday, 4 July 2009
KHASIAT MENGKUDU
Posted by farahsza at 1:48 pm 0 comments
KHASIAT KURMA
Khasiat buah kurma bukan sahaja diakui di dalam Islam malah di kalangan pakar perubatan dewasa kini. Ia boleh dimakan secara mentah, disalai atau diproses menjadi makanan ringan, jem atau jus minuman. Kebiasaannya, buah kurma ini begitu sinonim dikaitkan dengan bulan puasa atau umat Islam.
Posted by farahsza at 12:58 pm 0 comments
KHASIAT ULAM
Ulam sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan sebahagian besar masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi. Malah, kini ulam digunakan untuk pelbagai kegunaan dan mempunyai khasiat yang tersendiri untuk kegunaan semua masyarakat. Sebenarnya, ulam terdiri daripada 8,500 spesis tumbuhan berbunga dan 120 spesis ulam lain dan digunakan sebagai pembuka selera.

Jering biasanya tumbuh sendiri di kawasan hutan atau kampung. Biji benihnya yang muda boleh dimakan secara mentah sebagai ulam yang dicicah sambal. Digunakan sebagai pembuka selera. selain dijadikan pembuka selera, jering juga mempunyai khasiat yang tinggi. Ia terdiri daripada 84.1% karbohidrat, 52% kandungan air, 0.8% lemak dan 3.6% gentian. Buah jering dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
Ia boleh didapati di kawasan hutan atau di lereng-lereng bukit. Rupanya adalah lebih kurang sama dengan petai. Akan tetapi, baunya adalah lebih kuat daripada petai. Ia boleh digunakan untuk membuat tempoyak atau cencaluk. Cara makan dan khasiatnya adalah lebih kurang sama dengan petai.
Terung Pipit boleh dimakan bersama tempoyak. Ia digemari oleh masyarakat Hindu yang memanggilnya 'rimbang'. Khasiatnya adalah untuk menerangkan mata terutamanya untuk mereka yang mata rabun.
Posted by farahsza at 12:44 pm 0 comments
PETUA KECANTIKAN 5
Timun atasi panas badan
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin pasti akan mengalami panas di badan. Ambil timun kemudian kisar bersama garam. Tapis dan ambil airnya. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Barulah diminum.
Masalah kembung perut
Atasi masaalah kembung perut dengan dua ulas bawang putih. Bakar bawang putih tersebut dan kupas kulitnya dahulu serta makanlah bawang putih berkenaan.
Sakit Tekak 1
Hilangkan atau elakkan sakit tekak dengan meminum air tomato seminggu 3 kali. Sakit atau perit tekak akan hilang.
Sakit Tekak 2
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.
Merdukan Suara
Merdukan suara dengan air suam yang diperahkan limau nipis. campurkan gula batu dan biarkan semalaman. Keesokkannya, sebelum gosok gigi atau berkumur dan minum air itu.
Hilangkan kutu
Hilangkan kutu pada rambut dengan beberapa biji bawang putih yang ditumbuk lumat. Campur dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balut dengan kain selama sejam sebelum dicuci.
Hilangkan batuk
Hilangkan batuk dengan mengambil sedikit gula melaka dan makan. anda akan lihat hasilnya yan memuaskan setelah beberapa ketika.
Segarkan Mata
Segarkan mata dengan beberapa helai daun sirih muda, cuci bersih. Ramas dan masukkan kedalam air suam dan tapis airnya. Rendamkan mata sambil kerdipkan mata berulangkali. Segarkan mata dengan menggunakan uncang teh yang telah digunakan. Tekap ke mata anda. Hasilnya mata anda akan terasa sejuk dan segar.
Suara Serak
Atasi suara serak dengan sebuku asam jawa, rendam dan ramas didalam air. Kemudian campur dengan segelas air sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk. Minum dua kali sehari.
Atasi suara serak dengan dua biji bawang besar, Buang kulit dan mesin hingga hancur, tapiskan dan ambil airnya. Minum sekadar dua kali sehari selama dua hari berturut-turut.
Ubati suara serak dengan beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali.
Badan Lesu
Sekiranya anda sering diserang angin yang menyebabkan badan lesu, didihkan daun mengkudu dan sedikit halia. saringkan airnya dan minum pagi dan petang.
Sembuhkan luka
Sembuhkan luka dengan daun lidah buaya (aloe vera) dan sapukan lendirnya pada luka tersebut. dengan caratersebut, luka akan sembuh dengan lebih cepat.
Rawat kulit melecur
Rawati kulit yang melecur dengan susu cair atau susu pekat manis. Tuang keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.
Hilangkan bau mulut
Hilangkan bau mulut dengan menumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih. Gosokkan pada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukan 3 hari sekali.
Menurunkan panas badan
Daun bunga raya amat berguna unutk menurunkan panas badan ketika demam. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas di dalam air hingga hancur.Sapukan pada kepala dan seluruh tubuh hingga basah. Biar kering sendiri dan ulang lagi hingga reda panasnya.
Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.
Menghilangkan Panau.
Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Cubalah petua di bawah ini:
Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insya Allah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik.
Posted by farahsza at 12:10 pm 0 comments
Labels: kecantikan, petua
PETUA KECANTIKAN 4
Bibir merekah
Atasi rekahan dibibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.
Masalah jerawat
Atasi jerawat dan jeragat dengan keringkan kulit buah rambai, dan dikisar halus. Campur dengan sedikit air mawar atau air masak. Sapukan kewajah, amalkan dua kali seminggu.
Hilangkan jerawat batu
Hilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu.
Serikan wajah
Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar.
Menyegarkan kulit muka
Segarkan kulit muka dengan perahan jus epal hijau yang dikatakan menyegarkan kulit muka. Sapu kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.
Rambut kekal hitam
Agar rambut kekal hitam, gunakan bunga tebu hitam yang dimasak dengan minyak kelapa dan sapu ke rambut. Ianya boleh mengekalkan rambut supaya ia kelihatan hitam.
Jerawat batu
Hilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu.
Seri wajah
Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar.
Atasi rambut gugur
Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.
Segarkan mata
Segarkan mata yang gatal dan letih dengan mengambil beberapa helai daun sireh muda, cuci bersih dan ramas-ramaskan ia. Masukkan dalam air suam. Tapis airnya dan rendamkan mata seketika.
Rambut beruban & kelimumur
Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelimumur dan uban akan hilang.
Menghilangkan bau kaki
Sediakan sebesen air dan campurkan segengam asam jawa dan dua sudu garam. Rendam kaki yang bermasaalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki,Ia juga boleh menghilangkan masaalah ulat air atau gatal-gatal di kaki.
Hilangkan tanda hitam
Sediakan beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa minit. Amalkan setiap hari. Insya Allah kesan hitam pada lutut dan siku akan beransur pudar.
Memutihkan gigi
Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi. Selain itu boleh juga menggunakan kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk hingga halus. Gunakan ia seperti ubat gigi. Insya Allah gigi akan kelihatan putih berseri tanpa banyak belanja.
Pulihkan kulit terbakar
Parutkan jagung muda dan tomato, kemudian ambil patinya. Gaulkan dengan satu camca madu. Selepas itu sapukan ramuan itu tadi pada seluruh kulit yang terbakar. Biarkan selaman beberapa minit, kemudian bilaslah dengan air bersih. lakukan setiap hari dan lihatlah hasilnya.
Menghilangkan kelemumur
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.
Kulit cerah dan licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insya Allah, kulit akan cerah, licin dan harum.
Menghilangkan parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insya Allah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.
Menegangkan kulit muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun.Timun itu hendaklah di hancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan.Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit.Kacau rata dan jangan terlalu cair.Selepas itu,sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh.Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.
Melembutkan rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.
Merawat kulit berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
Tegangkan kulit muka
Tegangkan muka dengan campurkan sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut, tumbuk lumat. Sapu di muka dan leher, 2 kali seminggu.
Masalah kulit perut berkedut
Elakkan kulit dibahagian perut berkedut dengan sesudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa dua minggu.
Posted by farahsza at 11:52 am 0 comments
Labels: kecantikan, petua
Friday, 3 July 2009
TIPS MENGEKALKAN KESIHATAN GIGI
BAGI wanita yang peka dengan penampilan dan kebersihan diri kuntuman senyum itu perlu diserikan dengan barisan gigi yang putih dan tersusun. Justeru, kesihatan mulut hendaklah diutamakan bagi memastikan bakteria tidak bermaharajalela sehingga menyebabkan gigi rosak dan nafas berbau. Berikut adalah tip yang boleh diamalkan untuk mengekal kesihatan mulut.
Posted by farahsza at 9:18 pm 0 comments
Labels: tips
PETUA AWET MUDA
Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat tahajud
Sentiasa tenang dan bersikap positif
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur.
Posted by farahsza at 9:15 pm 0 comments
Labels: petua
TIPS MENGELAK KEROSAKAN RAMBUT
Posted by farahsza at 9:07 pm 0 comments
TIPS KURUS - UBAH GAYA HIDUP UTK KURUS
Dalam kesibukan rutin seharian dengan waktu makan terhad serta hidangan yang biasanya disediakan dalam kuantiti yang banyak, usaha mengurangkan berat badan secara menyihatkan mungkin sukar dilakukan.
Biarpun usaha mengurangkan berat badan sebelum ini gagal atau anda mungkin terpaksa menempuh masalah yang menyebabkan pertambahan berat badan, ini tidak bermakna anda tidak berupaya untuk mengurangkan berat badan.
Merangka pelan yang memenuhi keperluan peribadi serta melakukan perubahan gaya hidup yang penting boleh membantu anda mencapai pengurangan berat badan yang menyihatkan untuk jangka panjang.
Berikut saranan mengurangkan berat badan menerusi cara menyihatkan:
# Beri tumpuan kepada buah-buahan dan sayur-sayuran
Kandungan air dan serat yang tinggi dalam kebanyakan buah-buahan serta sayur-sayuran menjadikannya pilihan terbaik untuk hidangan ringan menyihatkan di samping disajikan dalam hidangan utama.
Vitamin dan khasiat dalam buah-buahan serta sayur-sayuran membantu untuk memperoleh tahap kesihatan yang baik. Serat membuatkan seseorang itu cepat berasa kenyang. Oleh itu, ia memang pilihan bijak.
Serat juga membantu dari segi penghadaman, sekali gus membolehkan tubuh memproses apa yang dimakan menerusi cara menyihatkan.
# Pilih makanan yang mempunyai kepadatan rendah
Makanan yang boleh dinikmati dalam saiz yang besar dengan kalori rendah dianggap makanan yang mempunyai kepadatan rendah. Makanan berkenaan (termasuk kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran) lebih mengandungi air serta serat. Mulakan makanan dengan menikmati salad atau sup (hati-hati dengan tambahan sos atau jumlah sodium) untuk membantu anda berasa kenyang.
Apabila sudah berasa sedikit kenyang, anda tidak akan makan terlalu banyak ketika menikmati hidangan utama.
# Minum banyak air
Minum air boleh mengelakkan pengambilan kalori berlebihan. Amalkan pengambilan air antara enam hingga lapan gelas setiap hari.
# Pergi membeli-belah ketika anda tidak lapar
Sediakan senarai barangan yang hendak dibeli. Pada masa sama, simpan makanan yang digemari (berkalori tinggi) di dalam laci yang jauh daripada penglihatan.
Cara terbaik adalah tidak membeli makanan berkalori tinggi. Ini kerana, apabila anda tidak mempunyai simpanan makanan berkalori tinggi di rumah, anda dapat menghalang diri daripada menjamah makanan itu kerana ia tiada dalam simpanan.
Penuhkan peti sejuk dengan buah-buahan seperti jambu batu, oren, epal, lobak merah atau jagung yang boleh dinikmati dengan cara menyihatkan. Apapun, usah ghairah menambah hidangan itu dengan perisa tambahan seperti mayonis dan mentega yang kaya dengan lemak.
# Rancang waktu makan utama dan hidangan ringan lebih awal
Kita akan cenderung untuk makan secara sederhana jika memikirkan mengenai sajian yang menyihatkan lebih awal dan hanya makan apabila lapar.
Posted by farahsza at 8:34 pm 0 comments
ATASI SAKIT KEPALA
Tentu ramai di antara kita yang mengidap sakit kepala yang dinamakan migrain. Maklumlah, kita ini manusia, tak lari dari masalah. Kadang-kadang itu, kerja yang melambak-melambak di pejabat dan jugak di rumah pun boleh menyebabkan migrain ini melanda. Disini ada berapa tips bagi mengatasi dan jugak mengurangkan sakit migrain ini.
Posted by farahsza at 8:02 pm 0 comments

