BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, 26 June 2009

MAKANAN SESUAI SYARAT UTAMA KULIT CANTIK

1 CERAH WARNANYA

Seringkali dinyatakan bahawa kerap memakan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah utk tubuh termasuklah kulit. Hakikat ini sememangnya benar. Pigmen-pigmen berwarna yg terdapat dlm buah-buahan dan sayur-sayuran seperti oren dan merah boleh meningkatkan tahap anti-oksidan pada kulit.

Pilihan terbaik: Kentang, Tomato, Tembikai.

-Fungsinya: Menambah bekalan anti-oksidan pada kulit seterusnya menghalang kewujudan radikal bebas. Radikal bebas ini merupakan molekul-molekul oksigen yg reaktif dan mampu merosakkan sel-sel serta menyumbang kepada masalah-masalah pada kulit termasuklah kulit kering atau berkedut.


2 SEGAR DAN BERJUS

Vitamin C berperanan mengatasi kedutan di wajah. Namun begitu, badan kita tidak mampu menyimpan vitamin C yg banyak pada satu masa. Justeru itu, kita perlulah memastikan bekalan vitamin C sentiasa ada dlm tubuh. Cara yg paling mudah dan ringkas utk mendapatkannya adalah dgn mengamalkan pengambilan buah-buahan citrus. Jika inginkan kepelbagaian, anda boleh memproses buah-buahan ini menjadikan jus atau menambahkannya dlm hidangan salad.

Pilihan terbaik: Oren, Lemon, Limau Mandarin, Limau Gedang.

-Fungsinya: Memastikan tahap vitamin C yg tinggi dlm badan. Selain merupakan anti-oksidan yg baik, ia juga berfungsi memastikan kolagen (serat protein yg mengawal masalah kulit melendut) lebih kukuh dan tahan lama. Memandangkan kerosakan kolagen lazimnya berlaku pada pertengahan usia 30an, adalah dicadangkan utk mengamalkan pengambilan buah-buahan ini lebih awal bagi mengelakkan penuaan berlaku dgn lebih cepat.


3 MELICINKAN DAN MELEGAKAN

Anti-oksidan yg paling baik utk kulit dikenali sebagai EGCG. Apakah sumber EGCG? Jawapannya adalah pada teh, tidak kiralah teh hijau, hitam ataupun teh herba. Amalkan meminum teh setiap pagi agar kulit sentiasa terjaga rapi.
Pilihan terbaik: Teh Hjau

-Fungsinya: Membekalkan EGCG pada kulit. EGCG adalah peredam pada bahan kimia yg terdapat dlm jerawat dan kulit terbakar, seterusnya mampu mencegah barah kulit. Teh hijau mengandungi L-theanine yg berupaya melancarkan pengaliran hormon kortisol dlm menguatkan serat kolagen.

4 HIJAU DAN DEDAUN

Sesetengah dedaun hijau tua, tidak kiralah dinikmati secara segar, beku, mentah atau stim akan membekalkan vitamin A (salah satu daripada vitamin terpenting utk kulit).


Pilihan terbaik: Bayam, Brokoli

-Fungsinya: Membekalkan vitamin A utk kulit yg mana membantu perolehan sel kulit (iaitu proses yg mengekalkan pertumbuhan sel tanpa masalah). Tanpa vitamin A yg mencukupi, kulit akan menjadi kering, kasar dan menggurutu.

5 IKAN

Beberapa jenis ikan laut memberikan manfaat berganda utk kulit kita. Asid lemak Omega-3 yg terkandung di dalamnya merupakan sumber melawan penuaan. Namun begitu, walaupun ia baik utk kulit, kuantiti pengambilannya perlu dihadkan kerana kandungan merkuri yg terdapat di dlm makanan laut ini boleh jadi membahayakan. Sebaik-baiknya, hadkan dua hidangan makanan laut setiap minggu.

Pilihan terbaik: Salmon, Tuna, Sardin, Tenggiri, Trout

-Fungsinya: Omega-3 berfungsi melawan masalah radang kulit, membantu melindungi kulit daripada terbakar disebabkan pancaran matahari, dan mempertingkatkan kesan pelindung SPF anda. Protein diperlukan utk membina dan memperbaiki sel-sel kulit serta menghasilkan enzim dan hormon yg membantu mengekalkan keserian kulit.

Thursday, 25 June 2009

AIR BUKAN SEKADAR PENGHILANG DAHAGA

# Minum banyak air putih adalah nasihat yg sudah lali di telinga kita. tetapi nasihat itu bukan sekadar nasihat kerana memang itulah yg sepatutnya kita amalkan setiap hari jika kekurangan air. Tubuh akan mudah terganggu dgn pelbagai keluhan seperti dehidrasi, keletihan, kurang konsentrasi sehingga sakit kepala.

# 60% daripada tubuh kita terdiri daripada air. Pastikan anda minum dua gelas air putih, dua jam sebelum ber-olahraga. Selama tempoh ber-olahraga, sempat-sempatkan lah diri utk minum beberapa teguk air setiap 15 minit dan minum lagi dua gelas setelah selesai ber-olahraga.

# Setiap kali anda minum segelas minuman yg mengandungi kafein, sebaik-baiknya anda terus minum segelas air putih utk menggantikan kafein tersebut (perbandingan 1 : 1). Air putih ini bertujuan utk meneutralkan kandungan kafein dlm tubuh.

# Dehidrasi menyebabkan jantung bekerja lebih keras kerana air dlm tubuh jauh di bawah kadar darah dlm tubuh, yg menyebabkan jantung harus mengepam atau bekerja lebih keras utk mengalirkan air ke pembuluh darah.

# Air memainkan peranan penting dlm proses penyaringan yg terjadi di ginjal. Jika kekurangan air, ginjal akan kekeringan sehingga ia terpaksa bekerja lebih keras lagi. Selain itu, air juga sangat diperlukan dlm proses detoksifikasi yg terjadi di hati. Molekul yg tidak berguna utk tubuh akan dibuang keluar, sehingga tubuh tetap terjaga kebersihannya.

GET A BEAUTIFUL SKIN USING OLIVE OIL

Olive oil is high in antioxidants, including vitamin E. These nutritional powerhouses protect against age-accelerating free radicals. The oil of this miraculous fruit will guard your body and your skin from the inside out.


1) Use olive oil as bath oil. Two to three tablespoons will do the trick.

2) It is also used as a moisturizer to maintain the skin elastic, hydrated and smooth. Try this mask at home: mix olive oil with an egg yolk and some honey. Put this mixture over your face and leave it on for fifteen minutes. Rinse with warm water.

3) A mixture of 1/2 cup olive oil, 1/4 cup vinegar, & 1/4 cup water used as a night cream will make your skin glow. The olive oil softens and moisturizes and the vinegar lightens discolorations, kills bacteria and loosens dead skin cells. Splash water on your face before applying.

Other potential benefits of olive oil as an olive oil skin care product include:
treatment of - minor skin wounds, eczema, and psoriasis.

MASKER BUAH UTK SEGARKAN WAJAH


MASKER BELIMBING & NANAS


Kandungan vitamin A & C amat berkesan bagi mengecilkan pori-pori kulit wajah, menyegarkan sekali dan menyejukkan. Selain itu, kandungan mineralnya mampu mengurangi kelesuan kulit dan mengatasi kulit berminyak.



MASKER LABU & BETIK


Buah labu dan betik mengandungi Vitamin C bagi mempercepatkan reproduksi sel-sel kulit dan meningkatkan pertumbuhan kolagen.Selain itu, betik juga mengandungi papain manakala labu mengandungi mineral semulajadi yg bermanfaat bagi kekencangan kulit.


MASKER APRIKOT & PISANG


Pisang yg kaya dgn vitamin C, kalium, serat dan zat besi memiliki kemampuan menghaluskan kulit.Panduan ekstrak pisang dlm masker sesuai utk kulit normal bagi mencegah kulit kusam selain menjadikan wajah segar dgn kulit gebu dan terjaga kelembapannya.



MASKER TOMATO MENGHALUSKAN WAJAH

Tomato yg mengandungi vitamin C dpt melindungi kulit dan kesan sinaran matahari. Kisaran tomato yg dipupur ke wajah mengandungi asid yg bermanfaat utk mengecilkan pori-pori kulit. Selain itu, memakan tomato sebiji sehari membuatkan wajah cantik berseri.





MASKER TIMUN MENYEJUKKAN KULIT


Timun yg sememangnya berkhasiat amat elok utk kesihatan kulit. Amalkan memupur campuran parutan timun di kulit muka bagi mendapatkan hasil yg berkesan.

TIPS DIET YG BERKESAN

Amalkan makan malam sebelum jam 7.00 mlm.Elakkan mengambil makanan yang berat kerana kadar metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan yang disimpan sebagai lemak

Jangan mudah terpedaya iklan-iklan merampingkan badan atau produk2 pil kurus.Kebanyakannya indah khabar dari rupa.Duit habis,badan tetap juga naik.

Dapatkan nasihat doktor sebelum membuat keputusan membeli produk diet yang banyak terdapat di pasaran dan farmasi.Pandangan doktor adalah lebih selamat.

Turun 1kg sebulan secara tetap adalah lebih baik daripada turun berat badan secara drastik dan mendadak.Ini boleh mengganggu kesihatan dan kemungkinan berat badan anda akan naik secara mendadak pula.

Rajinkan diri melakukan senaman seperti sit up.Jika mampu,berkunjunglah ke jim berdekatan.Senaman membentuk otot yang sihat dapat membakar lemak.

Positifkan diri.Buatlah target badan yang realistik dan perancangan yang sesuai.Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.

Jangan asyik menimbang berat badan.Anda akan kecewa jika masih tiada perubahan.Cara paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak lebih sekali dalam seminggu.

Beri penghargaan untuk diri sendiri.Beri ganjaran pada diri sendiri jika matlamat tercapai.Contohnya,makan satu bar coklat yang sedap.Jangan risau.....sesekali tidak mengapa!

SIHAT DGN MAKANAN HARIAN


LIMAU - Vitamin C di dilamnya berkesan bagi menangkis selsema.Manfaat lainnya;mencegah penyakit paru2,pankreas dan kancer payudara.Potasium dan vitamin B yg dikandungnya baik bagi mencegah strok dan penyakit hati.




KEKACANG - Mengurangi risiko perkembangan kanser prostat.Memakan dlm ukuran secawan sehari dpt menurunkan kadar kolesterol hingga 10%.Selain itu, dpt mengimbangkan tingkat gula dlm darah dan mengatur fungsi usus besar.





LOBAK MERAH - Mengandungi berakarotin yg dpt melawan kanser,memperkuat sistem kekebalan tubuh dan melindungi arteri.Makan sebiji lobak merah setiap hari dpt mengurangi risiko terkena kanser paru2.Juga baik utk kesihatan mata,menghindar sembelit dan cirit-birit.





BAWANG PUTIH - Berkesan utk tubuh melawan bakteria mahupun virus.Kandungan iodin di dlmnya menjadikan bawang putih digunakan sebagai antibiotik semulajadi.Mampu menstimulasi sistem kekebalan tubuh,membantu tubuh menyingkirkan toksik dan mengurangi kolestrol.





EPAL - Vitamin A dan C di dlmnya dpt menurunkan tingkat kolestrol serta mengandungi zat yg dpt melawan bakteria.Menurut kajian,epal hijau juga dpt menurunkan selera makan.Jadi mengapa tidak mencium aroma epal hijau jika anda dlm proses diet.





BAWANG BESAR - Memakan sepotong bawang besar sehari dpt mengurangi kolestrol dan mencegah pengumpulan darah serta memperbaiki sistem pernafasan yg baik bagi pesakit asma dan bronchitis yg kronik.

Sunday, 21 June 2009

KHASIAT MADU LEBAH


A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

7. IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandungdan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

8. ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalammadu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina danmenguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuhkuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapatmengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasabayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dindingperut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

LAIN2...
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais.
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

MIRACLE ANTIBI0TIK
SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA

a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segeradan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas danlain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

Perhatian:Jangan disimpan dalam peti sejuk.elakkan dari memakan madu bersama tembikai.elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.jauhkan dari litar elektrik.kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.

PETUA IMAM SYAFIE

EMPAT PERKARA UNTUK KESIHATAN

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

KHAS UTK YG INGIN MENGLANGSINGKAN BADAN

Panduan Mengurangkan Kolesterol Dan Lemak

Pilihan Makanan
Kurangkan makanan bergoreng , coklat, kek dan biskut.Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.Pilih makanan hasil tenusu (dairy products) rendah lemak.Pilih makanan kekacang dan daging berikut Ayam, ikan, kacang soyaKurangkan pengambilan jenis-jenis kekerang, udang dan organ-organ dalaman.Kurangkan memakan kuning telur dan telur ikan.Gunakan minyak sayur-sayuran (kecuali minyak kelapa)

Penyediaan Makanan
Buang kulit dan lemak yang ternampak pada ayam dan daging sebelum dimasak.Kurangkan minyak semasa memasak.Bakar, kukus atau rebus makanan.Gantikan santan dengan susu kurang lemak semasa penyediaan makanan.

Ingin Kekal Langsing

Zaman moden ini banyak jenis makanan yg mengandungi mudarat jika dimakan berlebihan. Makanan yg diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yg ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yg tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka yg sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yg disarankan di bawah adalah petua yg mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yg keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.

A. Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:

1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.

2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.

3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.

4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).

B. Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat diwaktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana sikap adalah menghukum diri.

C. Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Insyaallah,anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.

Membuang Lemak Badan

Petua 1 : Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.

Petua 2 : Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari Insyallah anda akan dapat melihat perubahannya.

Langsing Tanpa Modal Besar
Tidak perlu berbelanja besar, hanya cuba petua ini. Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campurkan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan yang ideal

PETUA KECANTIKKAN 3

Memutihkan Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam Insya Allah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

Melicinkan Kulit Muka
Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

Serikan Kulit Muka
Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.

Memerahkan Bibir
Petua 1 : Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insya Allah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Petua 2 : Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah.

Melembapkan Muka
Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga lumat. Kobis tadi dicampurkan dengan madu. Tempekkan pada muka. Amalkan selama seminggu dan anda akan merasakan perbezaan pada kulit anda. Kulit anda akan menjadi lebih lembut dan masalah kulit kering akan diatasi.

Agar Bibir Kekal Berseri
Ambil 1/3 cawan air kunyit hidup, 1/3 cawan santan kelapa yang pekat dan sedikit garam. Campurkan semua ramuan tersebut dan kacau rata-rata, minumlah setiap pagi. Dalam masa yang singkat, anda dapat melihat hasilnya.

Menegangkan Kulit Muka
Petua 1 : Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Petua 2 : Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya

Atasi Masalah Kulit Berkedut
Jika kulit wajah anda berkedut, langkah berikut mungkin boleh menjadi penyelesaian.� Ambil satu biji kuning telur, satu sudu kecil minyak zaitun dan lima titis perahan limau nipis. Gaul sebati dan sapukan ke wajah anda. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air hangat. Lakukan secara teratur seminggu sekali. Pasti kulit wajah terasa lebih segar dan tidak berkedut lagi.

Hilangkan Bintik Hitam Pada Muka
Dapatkan 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garamkemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan air suam. Amalkan memakainya pada muka setiap malam dan cuci pada keesokan hari. Lakukan sehingga bintik-bintik hitam hilang.

Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.

Melembutkan Rambut
Petua 1 : Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.

Petua 2 : Kisar 5 biji limau nipis bersama dengan kulitnya hingga halus. Tapis dan sapukan airnya di kepala ketika mandi dan perapkan seketika. Kemudian, cuci bersih. Petua ini membuat rambut anda lembut beralun malah menghilangkan kelumumur.

Merawat Rambut Yang Berbuah Dan Bercabang
Petua 1 : Ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 minggu sekali.

Petua 2 : Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda. Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas.

Yogurt Lembutkan Rambut
Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam lebih kurang 60 celsius. Kacau dan perahkan air limau nipis. Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6 jam. Apabila pekat bolehlah dilumurkan pada rambut anda. Biarkan selama sejam dan bilas. Amalkan selalu, insyaAllah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.

Keguguran Rambut
Kisar biji halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut. Selepas dibiarkan selama setengah jam. baru dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Pastirambut menjadi bersinar serta tiada masalahkeguguran sekali.

Hapuskan Kutu
Ambil sebiji buah nona yang matang, dibasuh dan ditumbuk hingga halus. Campurkan dengan sedikit air. Kamudian sapu ramuan ini di kepala. Tutup dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas.

Meluruskan Rambut Kerinting
Rambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik. Untuk cuba meluruskan rambut cubalah petua ini. Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan ke rambut dengan cermat kemudian cuci bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.

Masalah Uban
Ambil sebiji kelapa tua diparut dan ambil santan pekatnya. Didihkan hingga keluar minyak. Tuangkan minyak itu ke dalam botol dan rendam bersama halba. Gunakan minyak ini setiap hari. Uban anda akan berkurangan dan rambut anda akan hitam semula.

Mengelakkan Keguguran Rambut
Petua 1 : Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua 2 : Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Petua 3 : Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.