BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 29 August 2009

Kelebihan Buah Mengikut WARNA

Warna mempunyai kaitan dgn jiwa. Selain fesyen, makanan yg berwarna juga mempengaruhi kesihatan.
Tahukah anda bahawa warna bukan hanya sekadar melekat di jiwa malah mempunyai kaitan yg kuat dgn kesihatan diri. Kedengarannya mungkin pelik. Bagaimana?

Buah-buahan dan sayur-sayuran yg diletakkan selambak di pasar sebenarnya banyak kelebihan masing-masing. Ia bukanlah hanya sekadar kelebihan masing2. Ia bukanlah hanya sekadar warna tetapi membekalkan khasiat tertentu. Kenali khasiat dari setiap warna buah-buahan dan sayu-sayuran ini.
Kumpulan MERAH
Buah/Sayur: Tomato, Grapefruit atau sejenis buah limau masam berwarna merah jambu dan Tembikai.
Khasiat: Kesemua buah-buahan dari golongan ini mengandungi 'lycopene' yg tertumpu di kelenjar prostat bagi lelaki dan berupaya melindungi DNA. Warna merah juga disebabkan oleh kandungan likopena ini, iaitu karotenoid atau sebatian semulajadi yg memberikan warna merah kpada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semulajadi yg baik utk kesihatan badan. Bahan likopena ini juga mengurangkan risiko beberapa jenis kancer dan penyakit jantung.


Kumpulan KUNING/HIJAU
Buah/Sayur: Avokado, Bayam, Lobak Hijau atau Turnip, Kacang Pis dan Tembikai Susu.
Khasiat: Golongan buah dan sayuran ini mengandungi 'lutein dan 'zeaxanthin', sejenis karotenoid yg berupaya menyihatkan mata. Malah kekurangan mengambilnya juga dikatakan berisiko tinggi menghadapi katarak mata. Masalah penglihatan juga akan lebih tinggi berlaku di kalangan org-org tua dan yg mengalami masalah kabur mata. Jadi, berusaha melebihkan sumber sayur dan buah ini.
Kumpulan OREN
Buah/Sayur: Mangga, Ubi Keledek, Lobak, Aprikot, Tembikai dan Labu.
Khasiat: Biasanya buah dan sayuran kategori ini mengandungi alpha dan juga beta karotena jenis antioksida. Beta karotena secara semulajadinya berubah menjadi vitamin A di dlm badan. Bagaimanapun jika berlebihan, vitamin A boleh menjadi toksik, tetapi badan kita secara semulajadi mengubah vitamin A yg secukupnya sahaja dari beta karotena. Ini membuatkan sumber vitamin A yg selamat tersimpan di dlm badan.

Kumpulan HIJAU
Buah/Sayur: Brokoli, Brussels Sprouts (sejenis sayur seperti kubis hijau kecil) dan Kubis
Khasiat: Sayur-sayuran ini mengandungi 'sulforaphane', 'isothiocyanate' dan 'indoles' yg berupaya merangsang gen-gen di kawasan hati. Seterusnya akibat rangsangan ini, hati akan berupaya mengeluarkan enzim-enzim yg boleh menghancurkan kimia-kimia yg menyebabkan barah di dlm badan.

Kumpulan MERAH/UNGU
Buah/Sayur: Anggur, Jus Anggur, Prun Cranberry, Blueberry, Blackberry, Strawberry dan Epal Merah.
Khasiat: Buah-buahan ini mengandungi 'anthocyanins' yg merupakan antioksida (bahan yg boleh melindungi sel-sel daripada radikal oksigen yg merosakkan). Kandungan dgn 'anthocyanins' ini sebenarnya mengelakkan darah beku.


Kumpulan OREN/KUNING 
Buah/Sayur: Peach, Betik, Semua jenis Limau dan Jus Limau.
Khasiat: Buah-buahan ini membekalkan khasiat karotenoid, satu famili kimia yg mempunyai beta karotena. Malah buah-buahan seperti oren mengandungi serat yg tinggi di samping pembekal vitamin C dan E yg tinggi. Kesemua sayur dan buah-buahan ini baik utk kesihatan kulit. Betik pula pembekal vitamin A yg sihat utk mata secukupnya sahaja dari beta karotena. Ini membuatkan nya sumber vitamin A yg selamat tersimpan di dlm badan.
        
Kumpulan PUTIH/HIJAU
Buah/Sayur: Daun Saderi, Bawang Putih dan juga Buah Pear.
Khasiat: Pokok-pokok dlm golongan famili bawang mengandungi 'allicin' yg didapati boleh mengelakkan tumor atau ketumbuhan. Makanan ini juga kaya dgn sumber flavonoids termasuk 'quercetin' dan 'kaempferol' yg semuanya tergolong dlm kategori antioksida. Daripada semua antioksida yg terdapat dalam buah dan sayur, flavonoids adalah kumpulan terbanyak yg kita makan, sehingga jumlahnya satu gram setiap hari.

0 comments: